Selebriti

Siti Munirah isteri kedua ND Lala, rakan sekolah Shila Amzah

|FAUZIAH Sarman adalah isteri pertama ND Lala dan ibu kepada penyanyi
- Diterbit 3 April 2023 3:24 AM MYT

SETELAH mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan keterangan gambar ditulis ‘penyondol’ kelmarin, isteri pelakon dan penyanyi ND Lala iaitu Fauziah Sarman hari ini mengesahkan wanita itu adalah isteri kedua ND Lala yang juga madunya.

“Isteri Dato’ ND Lala…Datin Siti Munirah Abd Ghani” – Demikian keterangan gambar pada hantaran sama yang dikemas kini semula hari ini.

Sebelum ini, bapa kepada penyanyi, Shila Amzah itu dikaitkan dengan dakwaan kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

SITI Munirah isteri kedua ND Lala yang juga rakan sekolah penyanyi Shila Amzah

Terdahulu, pelbagai persoalan yang timbul apabila Fauziah bertindak membuang gambar-gambar suaminya serta tidak lagi mengikuti ND Lala di Instagram.

Difahamkan, Siti Munirah bukanlah asing kepada keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila Amzah.

FAUZIAH Sarman adalah isteri pertama ND Lala dan ibu kepada penyanyi, Shila Amzah

Mereka sama-sama pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis-majlis tertentu.

Shila juga pernah memuatnaik hantaran di Instagram yang sedang mencari Siti Munirah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas