Selebriti

Shiha Zikir persoal hak rakam video ketika cucuk vaksin… “Paling tidak, beradablah”

- Diterbit 3 Ogos 2021 9:42 AM MYT

SELEBRITI popular Shiha Zikir mempersoalkan tindakan petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tidak membenarkan dirinya merakam video ketika disuntik vaksin dos kedua semalam.

“Shiha confuse semalam bila tak dibenarkan ambil video sedangkan @khairykj dah cakap dibenarkan, tambahan memang niat nak encourage people atau followers shiha untuk ambik vaksin je.

“And at least beradab la if nak cakap dgn patient dan janganla bagi alasan yang tak masuk akal time tu.Bukannya tak percaya kat doktor pun.Positif please.

“Lagi pun record video kan bagus for both side if anything happen. Dont make people confuse lah,” luah Shiha menerusi hantaran instagram hari ini yang menegaskan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin membenarkan secara jelas rakaman suntikan vaksin adalah dibenarkan.

Dalam pada itu, Shiha juga meluahkan rasa syukur kerana sudah mendapatkan dua dos vaksin.

“Apa-apa pun Alhamdulillah dah selesai dua dos dan terima kasih untuk Doktor yang bagi injection first dose untuk shiha hari tu yang beri layanan baik. At least tak la nervous sangat nak ambil vaksin first time hari tu.

“Shiha harap dengan apa yang shiha suarakan ni sedikit sebanyak dapat membantu org lain yang mungkin alami benda yang sama dengan Shiha,” jelas Shiha lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Shiha tentang kebenaran merakamkan video ketika divaksin. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas