Selebriti

“Ada yang macam ni? Duduk rumah pun positif?” Aeril dijangkiti COVID-19 kali kedua

- Diterbit 4 Ogos 2021 1:19 PM MYT

PELAKON kacak Aeril Zafrel mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19 buat kali kedua tahun ini.

Menerusi instagramnya, Aeril berasa hairan dirinya dijangkiti wabak tersebut walaupun hanya berada di rumah.

“Hmm.. Positif COVID-19 lagi. Tahun ni sahaja dah dua kali kena. Padahal duduk rumah sahaja.

“Ada yang macam ni? Duduk rumah pun positif?” Tulisnya di sebuah hantaran di instagramnya.

Terdahulu, pelakon filem Sabda Kekasih itu disahkan positif virus tersebut pada Januari awal tahun ini selepas menjalani saringan di sebuah klinik swasta di ibu kota.

Semoga Aeril tabah dan diberikan kesembuhan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas