Sharifah Sakinah menabung, tak perlu bantuan

Sharifah Sakinah menabung, tak perlu bantuan

Tidak dinafikan ramai golongan yang terjejas ‘periuk nasi’ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja sendiri.

Sungguhpun begitu, atas keprihatinan kerajaan, pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat dari pelbagai peringkat demi kesejahteraan bersama.

Pun begitu, minggu lalu industri hiburan kecoh seketika apabila beberapa orang selebriti tampil meminta agar mereka tidak dipinggirkan dan turut diberikan bantuan khusus.

Permintaan tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana menurut pandangan mereka rata-rata artis hidup dalam kemewahan.

Ekoran isu tersebut, beberapa selebriti tampil menyuarakan pendapat masing-masing antaranya pelakon Sharifah Sakinah.

Menerusi laman Instagramnya, Sakinah melahirkan rasa bersyukur kerana amalan menabung yang dipraktikkan bersama beberapa rakan selebriti memudahkan mereka dalam waktu kesulitan seperti ini.

“Alhamdulillah, kami tak perlukan bantuan. Itu pentingnya saving. Kami takda beg mahal, kami enjoy je,” tulis Sakinah.

 

Posting tersebut mendapat 66,696 tanda suka daripada netizen dan rakan selebriti antaranya Neelofa, Aiman Hakim Ridza dan ramai lagi.

Dalam masa yang sama, netizen juga turut bersetuju pentingnya menabung untuk kemudahan di masa susah.

SHARNAAZ

Sementara itu, pelakon Sharnaaz Ahmad turut meluahkan rasa dan berharap agar netizen tidak terlalu cepat menghukum apa yang disuarakan rakan selebriti.

“Mereka mencadangkan bantuan untuk artis yang kehidupannya susah seperti artis veteran, krew belakang tabir dan sebagainya,” kata Sharnaaz menerusi rakaman video. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS