Selebriti

Serasi bersama… Idan Aedan, Mia Sara dilamun cinta?

|||RAMAI peminat suka jika Idan Aedan dan Mia Sara betul-betul bercinta.
- Diterbit 1 Julai 2022 2:48 AM MYT

KECOH dalam kalangan peminat apabila pelakon filem Anak Rimau, Idan Aedan dikatakan sedang bahagia bercinta dengan pelakon Mia Sara Nasuha,16.

Dilihat beberapa kali keluar bersama, Idan dikatakan kini sedang bahagia dilamun cinta dengan Mia Sara.

Mengaku rapat dengan Mia, Idan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, 18, mengakui pelakon filem Papa I Love You itu mempunyai ciri-ciri gadis idamannya.

“Tidak dinafikan, Mia adalah kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Selama tiga tahun berkawan, saya akui dia seorang yang baik hati, pandai bergurau dan sentiasa mendengar luahan hati saya.

“Saya akui, kalau tanya saya tentang keistimewaan Mia, dia memenuhi ciri-ciri gadis yang saya cari selama ini.

“Apa-apa pun, kami belum sampai tahap bercinta namun tidak menolak andai hubungan kami masuk ke fasa tersebut (bercinta),” katanya.

RAMAI peminat suka jika Idan Aedan dan Mia Sara betul-betul bercinta.

Dalam masa yang sama, Idan juga enggan mengulas lanjut apabila dikatakan kononnya menjadi orang ketiga dalam hubungan Mia Sara dan kekasihnya.

“Tentang itu, saya mengambil pendekatan untuk tidak komen kerana ia melibatkan individu lain. Soal peribadi Mia, apa pun status dia, rasanye elok ditanya kepada dia sendiri.

“Dalam masa yang sama, saya tak boleh halang orang bercakap pasal saya. Yang penting, saya dan Mia tahu hal sebenar,” ujarnya lagi yang akan muncul sebagai Ariff dalam filem Anak Rimau yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Antara drama lakonan Idan Aedan sebelum ini adalah Wizards Of Warna Walk, Pulang, Jibril, Anak Merdeka, Jalan Belakang Rumah, The Bridge dan banyak lagi.

Idan Aedan juga popular menerusi filem Pulang, Surf This Love, Kerana Corona dan sebagainya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas