Berita

Sebanyak 3,158 notis kompaun am dikeluarkan DBKL terhadap warga asing sepanjang 2023

- Diterbit 4 Januari 2024 6:47 PM MYT

SEBANYAK 3,158 notis kompaun am yang telah dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi pelbagai Tindakan Khas dan Operasi Bersepadu melibatkan warga asing sepanjang tahun 2023.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, sejumlah 177 buah premis juga turut diarah tutup sepanjang tempoh itu.

“DBKL turut melakukan sitaan terhadap sebanyak 2,563 penjaja warga asing selain kira-kira 41 aktiviti pengesyoran pembatalan lesen telah dilaksanakan.

“Dalam pada itu, sebanyak 41 jumlah kes telah dipanjangkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semapnjang tahun lepas,” katanya hari ini.

Tambahnya, antara Tindakan khas serta Operasi Bersepadu yang telah dilaksanakan seperti Tindakan Khas Operasi Bersepadu Premis Warga Asing, Tindakan Khas Operasi Bersepadu Tapak Bina (Pekerja binaan tanpa permit atau kebenaran), Tindakan Khas Penjaja Warga Asing dan Tindakan Khas Pasar. – WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas