Berita

RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dibentang semula

Kredit foto: Facebook Dr Zaliha Mustafa
- Diterbit 28 November 2023 6:51 AM MYT

RANG Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dibentang semula bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata bacaan kali kedua akan dibuat esok (29 Nov).

Terdahulu, beliau menarik semula Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali kedua seperti yang tertera dalam No 4 Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas