Berita

Ringgit terkurang nilai – Gabenor BNM

- Diterbit 27 Februari 2024 8:35 PM MYT

BANK Negara Malaysia (BNM) memaklumkan nilai ringgit pada masa ini terkurang atau ‘undervalued’.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Menurut Abdul Rasheed, memandangkan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, ringgit sewajarnya didagangkan pada tahap yang lebih tinggi.

“BNM telah meningkatkan perbincangan dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat korporat dan pelabur untuk menggalakkan aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing,” katanya hari ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan pada 4.7770/7805 pada 12.32 tengah hari semalam selepas dibuka pada 4.7775/7805 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada 4.7750/7795 semasa ditutup pada Isnin. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas