Berita

Prof. Datuk Mazlan Othman lancar sembilan buah buku sains fiksyen

MAZLAN (tengah) bergambar bersama lapan penulis buku selepas majlis pelancaran Buku Sains Fiksyen di Planetarium Negara di sini hari ini.
- Diterbit 8 Oktober 2019 6:49 AM MYT

Oleh : AZLAN ZAMBRY
[email protected]

KUALA LUMPUR – Pengarah Pejabat Rantau Asia dan Pasifik, Majlis Sains Antarabangsa (ISC), Prof. Emeritus Datuk Dr. Mazlan Othman hari ini melancarkan sembilan buah buku Sains Fiksyen sempena dengan Minggu Angkasa Sedunia yang disambut pada 4 hingga 13 Oktober ini.

Ketika berucap di majlis pelancaran itu, Dr. Mazlan mengalu-alukan usaha ini untuk menarik minat kanak-kanak mempelajari sains dan teknologi selain sesuai dengan semua lapisan masyarakat.

“Buku yang dihasilkan ini amat menarik kerana ia mengenai angkasa. Bukan sahaja kepada kanak-kanak, malah golongan dewasa juga berminat untuk mengetahuinya.

“Dengan penghasilan buku Sains Fiksyen ini, saya berharap lebih banyak buku-buku yang berkisar kepada sains dan teknologi dihasilkan pada masa depan kerana ia akan membina imaginasi kanak-kanak seterusnya menanam minat terhadap sains dan teknologi,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari; Pengarah Urusan Oyez Publication, Peter Duke dan Pemilik Oyez Publication, Linda Tan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas