Berita

PM Anwar ucap tahniah kepada kesemua calon SPM 2022

- Diterbit 8 Jun 2023 8:45 AM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang menerima keputusan masing-masing hari ini.

Dalam catatan di media sosialnya, beliau berharap keputusan cemerlang yang diperoleh mereka dapat memberi lonjakan bermakna untuk mendepani langkah seterusnya.

“Kepada yang tidak, ini bukan pengakhiran, sebaliknya harus bangkit kuat dengan tekad dan azam untuk cipta kejayaan baharu.

“Salut saya kepada ibu bapa dan warga pendidik yang berterusan beri dukungan kepada anak bangsa kita,” tulisnya.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali, SPM 2022 menyaksikan seramai 10,109 daripada 373,974 calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas