Berita

PIKAS berupaya kawal penularan COVID-19 di sektor perkilangan, pembuatan – Muhyiddin

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PIKAS merupakan langkah diambil Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk bantu kurangkan kadar COVID-19 di negara kita, memandangkan kes sejak beberapa bulan lepas masih didapati berlaku dalam sektor tempat kerja. Kredit foto: Bernama
- Diterbit 16 Jun 2021 7:44 AM MYT

PROGRAM Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) dijangka berupaya mengawal penularan kes COVID-19 di sektor perkilangan dan pembuatan, sekali gus membantu kelancaran Pelan Pemulihan Negara.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sektor berkenaan harus diberi perhatian kerana ia antara yang terkesan akibat penularan jangkitan di tempat kerja.

“PIKAS merupakan langkah diambil Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) untuk bantu kurangkan kadar COVID-19 di negara kita, memandangkan kes sejak beberapa bulan lepas masih didapati berlaku dalam sektor tempat kerja, sama ada dalam kilang atau tempat mereka tinggal.

“Ini kerana sebahagian besar majikan didapati masih tidak patuh dengan peruntukan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 pindaan 2019 (Akta 466),” katanya selepas meninjau proses vaksinasi PIKAS di Texas Instruments Malaysia Sdn Bhd hari ini.

PIKAS yang bermula hari ini dilaksanakan sebagai langkah responsif kepada cadangan dari persatuan industri, dewan perniagaan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk membantu mempercepat vaksinasi  khususnya pekerja, dengan vaksinasi dijalankan di premis kilang dan lokasi perindustrian yang dikenal pasti. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas