Berita

PICOMS jalin kerjasama pendidikan dengan Indonesia

- Diterbit 7 Mac 2020 6:37 AM MYT

KUALA LUMPUR – Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS menjalinkan kerjasama bersama tujuh institusi pengajian tinggi Indonesia melalui program Global Mobility (Inbound) 2020 yang diadakan bermula 22 Februari lalu hingga 8 Mac ini.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Wan Mohd. Azizi Wan Sulaiman berkata, program tersebut membolehkan pertukaran maklumat dan teknologi antara dua buah negara serta menyantuni budaya serumpun.

“Kerjasama itu melibatkan seramai 82 peserta termasuk 16 pengiring antaranya dari Universiti Gunung Rinjani, Nusa Tenggara Barat; Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan Bima, Nusa Tenggara; Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Bima, Nusa Tenggara Barat; Politeknik Kesihatan Bandung serta Politeknik Medica Farma Husada Mataram.

“Ia meliputi perkongsian informasi dan teknologi dalam bidang akademik, lawatan fasiliti termasuk hospital dan makmal, penganjuran kuliah dan seminar bertaraf antarabangsa serta perkongsian pintar bersama industri,” katanya selepas majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Sains, Teknologi, Pendidikan dan Pengurusan 2020 (InSTEM) di Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS Kampus Batu Muda baru-baru ini.

Pengerusi Lembaga Gabenor PICOMS, Prof. Eme­ritus Tan Sri Dr. Mohamed Salleh Mohamed Yasin menyampaikan ucaptama pada persidangan itu.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas