Idrus Harun dilantik Peguam Negara yang baharu

Idrus Harun dilantik Peguam Negara yang baharu

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan permohonan Tan Sri Tommy Thomas untuk memendekkan perkhidmatan sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada 28 Februari 2020.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tommy atas perkhidmatan selama memegang jawatan tersebut.

“Ia selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, di mana Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan pelantikan Tan Sri Idrus Harun, Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 6 Mac 2020,” kata kenyataan itu. -WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS