WK TV

7 Tarikan baharu Taman Tasik Titiwangsa

TAMAN TASIK TITIWANGSA
JAMBATAN GANTUNG JAMBATAN GANTUNG
- Diterbit 15 Januari 2020 9:42 AM MYT

PASTINYA rakyat Malaysia mengingati Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Bukan sahaja mempunyai sejarah tersendiri malah ia pernah menempatkan Roda Ferris gergasi hingga berjaya menarik ribuan pengunjung.

Malah sejak 2007 iaitu sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, ia menjadi salah satu tempat menarik dalam kalangan pelancong asing kerana berlatarbelakangkan mercu tanda Malaysia, Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan Istana Budaya.

Di sini, Wilayahku kongsikan tujuh tarikan baharu di Taman Tasik Titiwangsa selain pancutan air berirama pada hujung minggu.

1) Laman Kerawang yang berkonsep ukiran dan dihiasi pokok-pokok berbau wangi

2) Pondok moden yang dihiasi lampu berwarna-warni

TAMAN TASIK TITIWANGSA

3) Trek joging, basikal air, kanu, padang permainan kanak-kanak

4) Jambatan gantung yang dibina dengan elemen pencahayaan menarik khusus untuk pengunjung melaluinya pada waktu malam

5) Gelanggang bola jaring dan bola keranjang

6) Taman permainan air TAMAN TASIK TITIWANGSA

7) Kemudahan menunggang kuda dan trek litar lumba kereta kawalan jauh

8) Laluan pejalan kaki mengelilingi tasik TAMAN TASIK TITIWANGSA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas