Utama

24 Kejayaan Kementerian Wilayah Persekutuan

||||
- Diterbit 16 Januari 2020 5:18 AM MYT

NOMBOR 12 paling melegakan peniaga kecil. Tiada orang tengah dan kadar sewaan lebih murah

Berteraskan enam paksi utama ‘Wilayah Peduli, Harapan Dipenuhi’, 24 perkara berjaya dicapai Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dalam tempoh satu tahun.

1) Mengkaji semula projek dan kontrak yang meragukan

Kajian kepada semua 97 transaksi tanah yang mana KWP berjaya mendapatkan RM481 juta untuk DBKL.

2) Penubuhan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP)

Peranan MPPWP dikemas kini di setiap kawasan parlimen Wilayah Persekutuan bagi mewujudkan komuniti yang inklusif.

3) Program CSR PPR anak angkat pemaju

Program anak angkat bagi perumahan awam (PA) dan projek perumahan rakyat (PPR) oleh syarikat-syarikat swasta dalam menaik taraf fasiliti yang sedia ada.

4) Van Wilayah

Kemudahan dan kegunaan Van Wilayah dijalankan untuk memberi khidmat kepada penduduk di kawasan-kawasan parlimen.

5) Akhbar Wilayahku diterbitkan

Akhbar mingguan untuk warga kota dilancarkan khusus kepada warga wilayah dengan edaran 50,000 naskah seminggu di samping platform media sosial.

6) Beg plastik biodegradasi dan larangan straw plastik

Penguatkuasaan sepenuhnya bermula 1 Januari 2020 demi kelestarian alam dan penduduk.

7) Pelancongan Wilayah Persekutuan

Bajet sebanyak RM4 juta bagi aktiviti promosi dan pengiklanan untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia.

8) Kuala Lumpur Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC 2020)

Kuala Lumpur dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia 2020 dengan slogan ‘KL Baca 2020’.

9) Pendemokrasian

Memaksimakan penglibatan Ahli Parlimen dalam proses membuat keputusan dan dasar melalui pembentukan Majlis Menteri. Ahli Parlimen turut dilantik sebagai anggota Jawatan Kuasa Kecil DBKL.

10) Peningkatan kemudahan pengangkutan awam

Kejadian masalah lalu lintas dan kaedah penyelesaian sedang dilaksanakan serentak dengan draf Pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur 2040.

11) Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan

Jawatan Kuasa Kecil Kesenian dan Kebudayaan Wilayah Persekutuan ditubuhkan selain pemulihan beberapa bangunan warisan dimulakan dengan dengan kerja-kerja baik pulih antaranya Bangunan Sulta Abdul Samad dan Panggung Bandaraya.

12) Hapuskan monopoli

Pecahkan monopoli orang tengah melalui penyusunan semula Bazar Ramadan dan pasar malam. Dewan-dewan DBKL diserah kembali untuk diurus tadbir sendiri oleh DBKL.

13) Basmi kemiskinan bandar

Seminar Membasmi Kemiskinan Bandar diadakan pada 5 Disember 2019 khusus untuk mengeluarkan golongan sasar daripada belenggeu kemiskinan.

14) Program vibrant Putrajaya

Pelaksanaan 212 acara bertaraf antarabangsa dan kebangsaan seperti World Cup FIT Touch, Kejohanan Sukan Air Antarabangsa, Floria DiRaja, Powerman, PIACUFF, LAMPU yang mencatat hampir 6juta pengunjung.

15) Putrajaya Smart City

Putrajaya sebagai perintis Smart City dengan adanya Blueprint Smart City merangkumi 93 pelan tindakan, 72 bangunan hijau dan Command Centre.

16) Blueprint masyarakat sejahtera

121 pelan tindakan yang menyasarkan program merakyatkan aktiviti dan program komuniti termasuk 147 program dengan kerjasama MPPWP.

17) Peningkatan ekonomi sektor pelancongan

Pertambahan 60 peratus sektor pelancongan berdasarkan maklum balas persatuan dan pemilik hotel di Wilayah Persekutuan Labuan.

18) Transformasi Hab Halal Labuan

Tapak Hab Halal Labuan dimanfaatkan dengan suntikan pelaburan baharu sebanyak RM60 juta oleh Syarikat Nam Cheong Dockyard Sdn. Bhd. 1,500 pekerjaan baharu disediakan.

19) Festival Layang-layang

Edisi pertama Festival Layang-layang Antarabangsa 2019 dengan 34 penyertaan dari luar negara seperti Jerman, Australia, Jepun, Korea, China dan lain-lain.

20) Agenda Smart City

Penyediaan Sistem Maklumat Perancangan dan Sistem Sokongan Keputusan ke arah Big Data iaitu Sistem Maklumat Perancangan Guna Tanah Bersepadu (i-Plan), Sistem Pemantauan Bandar Selamat (i-Selamat) dan Malaysia Urban Observatory (MUO).

21) Penubuhan Majlis Negara Taman

Memandu hala tuju pembangunan langskap dan keindahan negara

22) Pewartaan tanah

Taman Awam Persekutuan Bukit Kiara diwartakan (274.313 ekar) bagi mengekalkan kawasan hijau.

23) Cukai Petak menggantikan Cukai Tanah

Cukai Petak bukan cukai baharu tetapi kadar yang ditetapkan adalah berdasarkan kegunaan, tempoh dan keluasan lantai. Mengenal pasti tanah milik PTGWP dan Kerajaan Persekutuan setelah didapati banyak tanah kerajaan diduduki secara mencurigakan.

24) Mempertingkatkan kesukanan dan mutu sukan atlet

Program sukan peringkat Parlimen dalam mencari dan mengasah bakat baharu Wilayah Persekutuan selain memberi anugerah serta pengiktirafan kepada atlet cemerlang.

KHALID (tengah) bersama atlet wilayah persekutuan yang hadir pada Karnival Sukan Wilayah Persekutuan (SWIP) di Arena Universiti Malaya. 
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas