Berita

Perbadanan Labuan lancar Ops Bah, pantau pengoperasian premis perniagaan

ANGGOTA penguat kuasa sedang memantau pematuhan SOP dan
- Diterbit 11 Disember 2021 4:00 AM MYT

DALAM memastikan pematuhan syarat lesen perniagaan pengoperasian premis di pulau ini dipatuhi, Perbadanan Labuan (PL) bekerjasama dengan pelbagai agensi penguat kuasa lancar operasi banteras aktiviti haram, baru-baru ini.

Operasi itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menerusi kenyataan PL baru-baru ini, operasi yang melibatkan seramai 65 anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Penguat kuasa PL itu dilaksanakan bagi memastikan pengusaha premis mematuhi syarat-syarat lesen perniagaan dalam pengoperasian premis perniagaan.

Selain itu, pelaksanaan operasi itu bertujuan bagi memantau prosedur operasi standard (SOP) bagi premis dan pengunjung.

Hadir sama dalam operasi itu beberapa Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas