Berita

1 Razak Mansion: Isu kebersihan, penyelenggaraan bangunan dibincang

NORAZIZUL (duduk kanan) bersama sebahagian ahli persatuan yang membincangkan isu setempat.
- Diterbit 11 Disember 2021 1:00 AM MYT

SENTIASA mengutamakan hak dan kepentingan warganya, Persatuan Penduduk 1 Razak Mansion, Kuala Lumpur membincangkan beberapa isu utama termasuk penyelenggaraan bangunan semasa mesyuarat agong, 4 Disember lalu.

Pengerusinya, Norazizul Abdul Aziz berkata, mesyuarat yang dihadiri ahli berdaftar turut mengetengahkan isu kebersihan persekitaran kawasan penempatan.

Ujarnya, ia berikutan terdapat beberapa masalah penyelenggaraan selain terdapat lokasi yang tidak dibersihkan dengan baik.

“Mesyuarat ini merupakan mesyuarat tahunan persatuan dan diadakan bagi memaklumkan kepada ahli mengenai program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2020 serta kedudukan kewangan persatuan.

“Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan sekalung penghargaan disampaikan kepada semua ahli jawatankuasa persatuan yang terlibat dalam membantu memastikan pengendalikan mesyuarat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Norazizul berkata, diharapkan agar program-program lain dapat dianjurkan pada tahun hadapan bagi memberi manfaat kepada ahli. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas