Berita

Penangguhan kempen khas MY30 bersama Prasarana

|
- Diterbit 7 Disember 2020 3:43 AM MYT

KEMPEN khas My30 hasil usaha sama antara Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) dan Prasarana yang dijadualkan bermula pada 7 Disember 2020, telah ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian setelah mengambil kira situasi semasa penularan wabak Covid-19 di sekitar Lembah Klang.

Kerjasama di bawah pelan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 1.0 ini bertujuan untuk menyemarakkan pelancongan domestik dengan menggunakan pengangkutan awam melalui rangkaian tren dan bas RapidKL. Nantikan tawaran-tawaran menarik dan berita lanjut berkenaan kempen khas My30 ini dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut mengenai siaran media mahupun maklumat mengenai industri pelancongan Malaysia, boleh melayari laman sesawang Pusat Media Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my/ – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas