Selebriti

Pempengaruh, Alif Teega kahwin dua… “Aisyah wanita pilihan Allah”

- Diterbit 26 November 2023 2:00 PM MYT

PEMPENGARUH media sosial, Alif Teega mendedahkan dia sudah berkahwin dua pada 18 November lalu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani mengumumkan perkahwinan dengan isteri kedua untuk mengelak fitnah atau salah faham.

“Bismillah. Tujuan posting ini adalah untuk menyampaikan khabar berita sekaligus menjawab segala spekulasi tentang saya dan mengelak dari sebarang fitnah orang berkata.

“Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik Alhamdulillah berita tersebut adalah benar. Saya sudahpun bernikah. Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni.

“Terima kasih khususnya kepada isteri saya Aisyah Hijanah kerana bersabar dengan apa yang telah berlaku ini, tabah dan masih kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita utk menerima hakikat ini,” tulisnya.

ALIF bersama Aisyah

Alif juga menjelaskan Aisyah yang merupakan isteri pertamanya seorang wanita yang baik dan tiada kurangnya.

“Selama Aisyah menjadi isteri saya, tiada sebarang kekurangan padanya. Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga tapi percaturan Allah buat saya dan Aisyah adalah berbeza.

“Terima kasih atas doa daripada kalian semua buat saya dan Aisyah. Aisyah adalah wanita pilihan Allah yang subhanallah kuatnya luar biasa dan saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setiap ujian yang datang.

“Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia. Saya mohon agar tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi, hinaan, lagi tentang hal ini dan biarlah segala yang telah berlaku diakhiri di sini sahaja. Doakan buat kami sekeluarga,” tambahnya lagi.

Meninjau ruangan komen, Aisyah turut memohon agar netizen mendoakan yanh baik-baik buatnya dan suami.

“Doakan yang baik-baik buat kami berdua. Saya mohon agar tidak berkata yang nuruk kepada Alif mahupun isteri baharunya,” ujarnya. – WILAYAHKU

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas