Berita

Pembukaan Semula Sektor: Agong seru rakyat patuh garis panduan

- Diterbit 1 Julai 2020 7:14 AM MYT

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat supaya mematuhi garis panduan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia susulan pembukaan semula lebih banyak sektor hari ini.

Menerusi ciapan di Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah juga menyeru rakyat agar berdisiplin dengan amalan kebiasaan baharu dan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Seruan baginda berikutan pembukaan lebih banyak sektor sosial dan prasekolah, tabika serta tadika kerajaan dan swasta yang dibenarkan beroperasi bermula hari ini,” kata ciapan itu.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-106 dan hari ke-22 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi termasuk subsektor pelancongan dibenarkan beroperasi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas