Berita

29 buah Prasekolah, Tadika di Labuan mula sesi persekolahan

- Diterbit 1 Julai 2020 9:32 AM MYT

SERAMAI 2,316 kanak-kanak memulakan sesi persekolahan hari ini melibatkan 29 prasekolah dan tadika di Labuan, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 803 kanak-kanak prasekolah, manakala 1,513 lagi di tadika swasta.

Hasil tinjauan Wilayahku pada hari pertama persekolahan di Prasekolah Sekolah Kebangsaan Bebuloh menunjukkan pematuhan prosedur standard operasi ( SOP ) dilaksanakan seperti penggunaan pelitup muka, pemeriksaan suhu badan dan penggunaan cecair pembasmi kuman ( hand sanitizer).

Sementara itu, penjarakan sosial diantara kanak- kanak turut dilaksanakan semasa sesi pembelajaran di dalam kelas.

Turut hadir sama, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Labuan Yusup Mohammad meninjau keadaan hari pertama sesi persekolahan bagi kanak- kanak Prasekolah dan Tadika. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas