Berita

Pasukan Golf KWP muncul naib johan pertandingan golf

PARANG Abai (dua kiri) bersama ahli pasukannya menunjukkan pingat perak yang dimenangi dalam Pertandingan Golf Berpasukan PPTD Skim M baru-baru ini.
- Diterbit 2 Disember 2022 4:44 AM MYT

TAHNIAH. Pasukan Golf Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) muncul naib johan dalam Pertandingan Golf Berpasukan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Skim M baru-baru ini.

Pada pertandingan tersebut, pasukan golf KWP yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha KWP, Datuk Parang Abai @ Thomas berjaya mendapat pingat perak bersama dua lagi ahli pasukannya iaitu Setiausaha Bahagian Pengurusan Pembangunan KWP, Datuk Nor Muhamad Che Dan @ Che Din dan Setiausaha Bahagian Perbandaran dan Khidmat Teknikal, Wan Ashbi @ Wan Maheran Leman.

Timbalan Ketua Setiausaha KWP, Datuk Parang Abai @ Thomas berjaya merangkul johan pertandingan golf PPTD bagi kategori individu.

Khabar gembira yang dikongsi menerusi hantaran di laman Facebook KWP pada 29 November (Selasa) lalu dihujani ucapan tahniah.

Lebih membanggakan, pasukan itu turut meraikan kejayaan apabila Datuk Parang Abai @ Thomas turut berjaya merangkul johan pertandingan golf PPTD bagi kategori individu. – WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas