Berita

Putrajaya dilimpahi cahaya indah solidariti Palestin

CAHAYA lampu bendera Palestin mewarnai Jambatan Seri Saujana, Presint 4, Putrajaya baru-baru ini
- Diterbit 2 Disember 2022 4:47 AM MYT

SOLIDARITI. Kezaliman rejim Zionis terusterusan memberi kesengsaraan kepada seluruh rakyat Palestin tanpa mengira usia sememangnya melanggar hak asasi manusia sekali gus menarik perhatian dunia.

Lebih memilukan, sehingga kini dentuman letupan bom dan tembakan masih kedengaran di bumi Palestin malah kebanyakan mereka terbunuh dan didera mental juga fizikal tanpa sedikit rasa belas kasihan.

Namun perjuangan mereka mempertahankan keluarga dan tanah air tercinta tidaklah dipandang sepi. Malah beberapa negara di dunia juga turut menunjukkan tanda solidariti melalui pelbagai cara antaranya dengan pancaran lampu berwarna bendera Palestin.

Sehubungan itu, pada 29 November lalu, Jambatan Seri Saujana di Presint 4, Putrajaya disinari pancaran cahaya lampu tiga warna iaitu merah, hijau dan putih melambangkan bendera negara Palestin sempena Hari Peringatan Solidariti Dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Orang ramai juga mengambil peluang berswafoto berlatarbelakangkan keindahan cahaya lampu berwarna-warni dan berkongsi kenangan di media sosial menggunakan tanda hashtag #PalestineDay. – WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas