Berita

Orang ramai banjiri Pasar Chow Kit bertemu Anwar, Jokowi

ANWAR (Kiri) bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo (kanan) membuat lawatan santai di Pasar jalan Raja Alang, Chow Kit, Kuala Lumpur , hari ini. Foto - SADIQ ASYRAF & AFIQ HAMBALI/ Prime Minister’s Office of Malaysia
- Diterbit 8 Jun 2023 6:30 AM MYT

KIRA-KIRA 2,000 orang awam membanjiri Pasar Jalan Raja Alang, Chow Kit, Kuala Lumpur sempena Sesi Lawatan Santai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo hari ini.

Ketika sesi lawatan itu, Anwar dan Jokowi mengambil peluang beramah mesra dengan para peniaga dan kemudiannya menikmati hidangan cendol durian di Kafe Masa, Jalan Raja Laut sebelum berangkat ke Restoran Samudera Kampung Baru bagi menikmati hidangan makan tengah hari.

Selain itu, warga Indonesia juga tidak ketinggalan mengambil peluang berada di lokasi tersebut untuk bertemu dengan Jokowi.

Terdahulu, Presiden Indonesia itu yang diiringi isterinya, Iriana Joko Widodo hadir ke Malaysia bagi melakukan lawatan kerja selama dua hari mulai Rabu (7 Jun) bagi mengukuhkan hubungan erat yang telah lama terjalin di antara kedua-dua negara termasuk mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri bagi membincangkan isu-isu dua hala yang tertunggak. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas