Berita

Nik Kamaruzaman dilantik TKSU (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) KKD

KREDIT foto: Kementerian Komunikasi dan Digital.
- Diterbit 15 November 2023 1:06 PM MYT

NIK Kamaruzaman Nik Husin dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berkuat kuasa hari ini.

KKD menerusi catatan di laman Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Nik Kamaruzaman.

“Seluruh warga Kementerian Komunikasi dan Digital mengucapkan selamat datang kepada Encik Nik Kamaruzaman. Selamat datang dan tahniah,” menurut catatan itu.

Pelantikan tersebut adalah bagi menggantikan Mastura Ahmad Mustafa yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi aplikasi X turut mengucapkan selamat bertugas kepada Mastura yang sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Kanan Bahagian Integrasi Ekonomi ASEAN di MITI.

“Saya mengalu-alukan kedatangan Puan Mastura sebagai TKSU (Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) baru di MITI. Selamat kembali Puan Mastura,” katanya. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas