Berita

Nelayan asnaf terima bantuan makanan MAFI sempena Hari Kebangsaan

ANTARA kapal dan perahu pelayan yang dihiasi bendera Jalur Gemilang bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan peringkat Labuan. ANTARA kapal dan perahu pelayan yang dihiasi bendera Jalur Gemilang bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan peringkat Labuan.
- Diterbit 2 September 2021 3:13 AM MYT

KIRA-KIRA 30 nelayan asnaf di sini menerima bantuan bakul makanan asas sempena Sambutan Bulan Kebangsaan ke-64 tahun.

Sambutan itu turut diadakan bagi meraikan Sambutan Hari 50 tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut Pengarah LKIM Labuan, Mohd Faisal Ab Ghadin, berkata program itu merupakan satu inisiatif LKIM dalam membantu dan meringankan beban para nelayan

“Simbolik keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat LKIM bersama sama Persatuan Nelayan Kawasan Labuan bagi membantu meringankan bebanan masyarakat nelayan yang terjejas,” katanya kepada pemberita di Majlis Penyerahan Bakul Makanan MAFI Prihatin dan Jalur Gemilang di jeti LKIM, di sini pada Ahad.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan Rithuan Mohd Ismail.

Hadir sama, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, Mohd Hafiez Daud, Pengarah Jabatan Perikanan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Labuan, Abd. Zaid Abdullah.

Dalam majlis itu, Rithuan turut melancarkan upacara ‘Flag-Off‘ sebanyak 30 buah kapal dan perahu nelayan yang dihiasi dengan bendera Jalur Gemilang bagi meraikan lagi sambutan Bulan Kebangsaan yang ke -64. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas