Berita

Mesra Mall tawar ganjaran ‘Basikal Gunung’ sambil promosi gaya hidup aktif

- Diterbit 13 November 2020 11:34 AM MYT

BAGI mempromosikan gaya hidup aktif, Mesra Mall Terengganu menawarkan basikal khas premium sebagai ganjaran utama dalam Kempen ‘Spend & Be Lucky’ yang berlangsung selama 28 hari bermula 1 November lalu.

Menurut Ketua Pegawai Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, hadiah basikal khas untuk menaiki gunung itu diberikan kerana aktiviti berbasikal sudah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat sekitar tanpa mengira usia

“Kami berharap usaha ini dapat menarik minat lebih ramai masyarakat untuk terus kekal sihat dengan berbasikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas tentang kempen tersebut, ujar Brien, pembelian hendaklah dilakukan di kedai-kedai khas termsuklah TMC, TGV, U-Bowl dan U Sport.

Beliau turut menyatakan, pelbagai ganjaran kempen boleh ditebus pembeli yang berbelanja dengan nilai minima RM250 dan ke atas melalui dua resit atau lebih seperti baucar Mesra Mall yang bernilai RM30 (sementara stok masih ada) dan tertakluk kepada terma dan syarat.

tambahnya, pembeli yang melakukan pembelian lebih daripada RM500 dalam dua resit atau lebih juga layak untuk turut serta dalam cabutan bertuah yang menawarkan empat buah basikal khas sebagai hadiah utama.

Cabutan bagi hadiah utama akan di adakan pada pukul 1 petang, 30 November 2020 di Mesra Mall yang mana empat pemenangnya akan dijemput untuk tampil pada Majlis Penyampaian Hadiah pada pukul 2 petang, 5 Disember 2020.

Langkah pencegahan yang jitu akan dipertingkatkan sebelum proses cabutan.

Proses cabutan dan Majlis Penyampaian Hadiah akan disiarkan secara langsung melalu laman media sosial Facebook dan nama pemenang akan diuar-uarkan di dalam kesemua laman media sosial Kumpulan Suria KLCC. Bagi keterangan lanjut, sila layari www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas