Berita

Maut selepas bersukan

- Diterbit 15 September 2020 6:38 AM MYT

SEORANG lelaki tempatan ditemui berpakaian sukan meninggal dunia di kenderaan pacuan empat roda di tepi Jalan Tanjung Kubong, semalam.

Mangsa ditemui oleh orang awam yang baru selesai menjalankan aktiviti riadah di kawasan Bukit Kubong dan melihat kenderaan mangsa dalam keadaan enjin masih terpasang

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, pihak polis telah menerima panggilan telefon pada pukul 6.25 petang daripada orang awam mengenai kejadian tersebut.

” Mangsa tersebut berpakaian sukan dan tidak sedarkan diri di dalam kereta miliknya dan ditemui oleh orang awam yang sedang beriadah dikawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Hasil siasatan juga mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit darah tinggi.

Kes disiasat di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR) dan proses bedah siasat akan dijalankan pada petang ini di Hospital Labuan. – OLEH: KHAIRUL IDIN – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas