Biz

Makmur Gold penuhi impian kakitangan awam miliki emas bermula RM50

KETUA Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood
- Diterbit 10 Mac 2023 4:36 AM MYT

MELIHAT kepentingan emas sebagai aktiviti pelaburan jangka panjang yang cukup baik, Makmur Gold telah memperkenalkan tabungan emas untuk kakitangan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sekali gus mahu membuktikan emas boleh dimiliki tanpa mengira pendapatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood berkata Makmur Gold mampu menjadikan impian untuk memiliki emas menjadi kenyataan dengan hanya RM50 sahaja menerusi Program Tabungan Emas dengan potongan gaji biro Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

“Kakitangan kerajaan dan GLC boleh menabung untuk menebus emas melalui potongan gaji biro ANGKASA. Saya menyeru kepada semua menabunglah emas bersama Makmur Gold dengan sekurang-kurangnya RM50 sebulan. Setelah anda menabung, boleh tuai hasilnya iaitu tebus atau redeem emas di Makmur Gold.

“Untuk potongan biro ANGKASA, ia adalah potongan gaji dalam bentuk tabung dan bukannya kredit di mana menerusi tabung ini sesiapa sahaja sama ada kakitangan awam atau GLC, boleh menabung dengan hanya mengisi borang dan mendapatkan pengesahan majikan. Kemudian, ANGKASA akan membuat potongan bergantung kepada berapa jumlah yang dimohon,” ujarnya kepada Wilayahku di Majlis Pembukaan Cawangan Kedai Emas Makmur Gold Presint 15, Putrajaya pada Ahad lalu.

KETUA Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood

Dalam pada itu, Faiz juga akui, situasi ekonomi negara yang kurang memberangsangkan sedikit sebanyak memberi kesan kepada banyak perniagaan namun dirinya positif menerusi Program Tabungan Emas dengan potongan gaji biro ANGKASA, Makmur Gold berkembang maju.

“Ini merupakan cawangan ke-12 dan kami dalam misi untuk membuka 30 cawangan Makmur Gold dalam masa lima tahun. Insya-Allah selepas ini di Dungun (Terengganu) dan Johor Bahru.

“Di Putrajaya ini, kami serampang dua mata iaitu mahu tarik pembeli yang walk-in dan juga mereka yang membuat tabungan menerusi potongan biro ANGKASA kerana kita tahu majoriti penduduk di Putrajaya ini terdiri dalam kalangan kakitangan awam.

“Kita juga mahu masyarakat tahu bahawa tidak perlu tunggu duit beribu atau berpuluh ribu untuk memiliki emas. Anda boleh mula menabung dengan RM50 sebulan atau mengikut kemampuan bersama Makmur Gold. Walaupun ia mengambil sedikit masa, apa yang penting adalah anda mampu memiliki emas,” katanya.

JOM ke cawangan Kedai Emas Makmur Gold Presint 15, Putrajaya.

USAHAWAN EMAS MAKMUR GOLD

MASYARAKAT dari pelbagai lapisan umur digalakkan membabitkan diri dalam perniagaan emas kerana ia tidak merugikan.

“Di Makmur Gold kami mempunyai platform Usahawan Emas Makmur Gold di mana anda boleh menjadi anggota koperasi dan terus layak menjadi usahawan emas ini. Menerusi platform ini, usahawan akan mendapat komisen diskaun RM10 untuk satu gram emas dan boleh mendaftarkan seramai mungkin pelanggan di bawah jagaannya.

“Dua bulan lepas, kami telah menghantar 48 orang usahawan Makmur Gold menunaikan umrah. Menerusi Umrah Challenge mereka telah menjual 3.6 kilogram emas setahun dan insya-Allah tahun ini kami akan teruskan program ini,” jelasnya.

Tambahnya, menjadi Usahawan Emas Makmur Gold memberi banyak kelebihan dan antara syaratnya adalah seseorang itu perlu menjadi anggota Koperasi Makmur Malaysia Berhad yang mana modal minimanya RM20,000.

“Apabila menjadi anggota koperasi, anda akan mendapat emas dengan harga yang murah. Anda bukan sahaja menjadi usahawan, malah turut menerima dividen. Sebelum ini kami berikan dividen sebanyak lapan peratus,” jelasnya lebih istimewa keahlian sebagai usahawan emas tiada had umur dan akan menerima dividen sama ada aktif atau tidak. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas