Biz

Jual emas terpakai dengan harga tertinggi, hanya di Makmur Gold

- Diterbit 10 Mac 2023 6:42 AM MYT

DALAM keadaan ekonomi tidak menentu ini sudah pasti ramai antara kita memerlukan wang tunai untuk perbelanjaan harian apatah lagi umat Islam yang bakal menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Tahukah anda menjual emas terpakai juga mampu memberikan wang tunai yang lebih tinggi. Memahami kesukaran masyarakat kini, Makmur Gold kini menawarkan pembelian emas terpakai dengan harga tertinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood berkata cakna dengan keadaan ekonomi rata-rata masyarakat kini membuatkan pihaknya mengambil keputusan untuk membeli emas terpakai mengikut kadar semasa dalam pasaran.

“Kebiasaannya mereka yang menjual emas ini mahu guna duit, jadi kami beri nilai tunai pada harga tertinggi.

“Kami menerima semua jenis emas terpakai termasuklah suasa. Emas terpakai ini kami akan lebur dan menghasilkan emas baharu untuk dijual,” ujarnya yang berharap peluang ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat yang memerlukan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup.

KETUA Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood

Mohd Faizuddin berkata bukan hanya menjual emas terpakai, orang ramai juga boleh trade in atau menukar emas baharu di Makmur Gold.

“Tidak dinafikan ada juga yang mahu trade in emas yang mereka ada. Misalnya, mereka yang ada gelang emas 10 gram tetapi mahu dapatkan yang 15 gram atau lebih berat, boleh trade in dengan kami dan tambah duit setelah tolak gelang asal.

“Namun jika mereka ada gelang emas 10 gram tetapi mahukan emas lima gram, di situ berlakunya lebihan duit. Jadi, kami akan kembalikan semula bakinya dalam bentuk tunai. Duit itu boleh digunakan untuk perbelanjaan seharian,” jelasnya.

Tambahnya selain itu, Makmur Gold juga turut menjual emas preloved yang sememangnya menepati cita rasa pelanggan.

“Makmur Gold juga menjual emas preloved dengan harga berpatutan. Misalnya, ada orang beli emas lima bulan lepas, kemudian ingin menjualnya kerana mahu pakai duit. Dalam masa yang sama emas itu masih dalam keadaan elok.

“Kami akan beli dengan harga tertinggi dan menghantarnya cuci di kilang. Kemudian kami akan jual balik. Itulah dinamakan emas preloved. Senang cerita seperti orang jual baju bundle. Semuanya masih elok dan telah dibersihkan sebelum dijual semula,” ujarnya.

PELBAGAI MANFAAT BUAT ANGGOTA KOPERASI MAKMUR MALAYSIA BERHAD

ORANG ramai khususnya warga Putrajaya tanpa mengira lapisan umur digalakkan memohon untuk menjadi anggota Koperasi Makmur Malaysia Berhad.

Mohd Faizuddin berkata selain berpeluang menjadi usahawan emas, pelbagai manfaat dan kelebihan yang diperolehi apabila mendaftar sebagai ahli koperasi.

“Di Makmur Gold kami mempunyai platform Usahawan Emas Makmur Gold di mana anda boleh menjadi anggota koperasi kami dan secara automatik menjadi usahawan emas.

“Menerusi platform ini, anda akan mendapat komisen diskaun RM 10 untuk satu gram emas dan anda boleh mendaftarkan seramai mungkin pelanggan bawah jagaan anda. Sebagai contoh apabila pelanggan itu membeli, anda akan mendapat harga RM10 untuk satu gram,” ujarnya.

JOM ke cawangan Kedai Emas Makmur Gold Presint 15, Putrajaya.

Berkongsi mengenai manfaat Usahawan Emas Makmur Gold, Mohd Faizuddin berkata antaranya dividen sebanyak lapan peratus akan diberikan kepada usahawan.

“Antara syarat untuk menjadi Usahawan Emas ini adalah seseorang itu perlu menjadi anggota Koperasi Makmur Malaysia Berhad yang mana modal minimanya RM20,000. Kalau bawah nilai tersebut pun masih boleh memohon.

“Apabila menjadi anggota koperasi, anda akan mendapat emas dengan harga yang murah. Apa yang istimewa, keahlian sebagai usahawan emas tiada had umur dan akan menerima dividen sampai bila-bila sama ada aktif atau tidak,” tambahnya lagi.

Orang ramai dijemput berkunjung ke kedai emas Makmur Gold di Presint 15, Putrajaya. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 019-513 0640 atau layari Instagram @makmurgoldoffocial dan laman sesawang http://www.makmurgold.my – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas