Berita

Majlis angkat sumpah kerajaan baharu Palestin pada Ahad

GAMBAR hiasan.
- Diterbit 31 Mac 2024 6:40 PM MYT

KERAJAAN baharu Palestin yang diketuai oleh Perdana Menteri Palestin yang baru dilantik Mohammad Mustafa akan mengangkat sumpah pada Ahad, lapor Sputnik.

Mustafa mengemukakan senarai Kabinet baharu dan pelan tindakannya kepada Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada 28 Mac.

Abbas kemudian menandatangani dekri mengenai kelulusan kerajaan baharu.

Abbas melantik Mustafa sebagai perdana menteri pada pertengahan Mac. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas