Berita

Nur Ramadan santuni asnaf dan pelajar tahfiz

- Diterbit 31 Mac 2024 9:03 PM MYT

BAGI mengimarahkan bulan Ramadan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Perbadanan Labuan menganjurkan Program Nur Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Ganggarak Permai bagi menyantuni golongan asnaf dan pelajar tahfiz.

Pada majlis itu, lebih 1,500 asnaf dan 100 pelajar tahfiz disantuni.

Majlis tersebut dirasmikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa.

Beliau turut menyampaikan sumbangan tunai RM200 kepada 100 orang anak-anak tahfiz
dan madrasah berdaftar yang beroperasi di Wilayah Persekutuan Labuan

Pada majlis itu, 1,500 asnaf di pulau itu turut menerima sumbangan Nur Ramadan yang membabitkan jumlah keseluruhan RM300,000.

Sementara itu, sumbangan wang tunai RM200 juga diberikan kepada setiap penerima yang merupakan peruntukan zakat dari Baitulmal, Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Manakala, bagi tujuan aktiviti pengimarahan bulan Ramadan, sumbangan RM4,000 diberikan kepada Surau Ganggarak Permai.

Hadir sama, Ketua Pengarah JWP Datuk Noridah Abdul Rahim,Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas