Berita

MAIWP luluskan bakul makanan bernilai RM525,000.00 di Labuan

FADZLI (kanan hujung) menyampaikan cek simbolik bantuan bakul makanan kepada FARY (tiga dari kanan) bagi penyelarasan agihan bantuan itu kepada penduduk Labuan. FADZLI (kanan hujung) menyampaikan cek simbolik bantuan bakul makanan kepada
- Diterbit 18 Julai 2021 9:25 AM MYT

MAJLIS Agama Islam WilayahPersekutuan (MAIWP) meluluskan pemberian bakul makanan kepada penduduk di Labuan bernilai RM525,000.00.

Pemberian sumbangan itu disalurkan melalui Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) selaku penyelaras penghantaran barangan makanan ke Labuan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIWP, sumbangan itu akan diagihkan kepada golongan yang terjejas di pulau itu bagi meringankan beban mereka dalam kehidupan seharian.

Bekalan barangan bakul makanan itu dihantar menerusi penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pengangkutan laut.

“Antara barangan yang dihantar ialah beras, tepung, minyak masak dan gula,” kata kenyataan itu, pada Khamis lalu.

Terdahulu, sesi simbolik penyerahan bantuan itu disampaikan oleh Pengurus Maiwp Labuan, Ustaz Fadzli Md Saad kepada Ketua Pegawai Eksukutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman di Bangunan Pusat Stor Perbadanan Labuan.

Jelas kenyataan itu, agihan bakul makanan kepada warga wilayah ini melibatkan petugas Perbadanan Labuan, Jabatan Bomba & Penyelamat, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan semua agensi kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Justeru itu, MAIWP berharap dengan sumbangan ini dapat membantu mereka yang memerlukan dengan memastikan makanan harian sentiasa ada di atas meja. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas