Berita

105 murid sertai program kem bestari

SEORANG murid SK Membedai sedang mempelajari cara-cara solat dengan
- Diterbit 18 Julai 2021 9:21 AM MYT

SERAMAI 105 murid Sekolah Kebangsaan Membedai di sini mengikut Program Kem Bestari Solat (KBS) secara dalam talian bagi meningkatkan ilmu agama khususnya kepentingan kesempurnaan solat meskipun berhadapan dengan pandemik COVID-19.

YUSUP (kiri) menyampaikan ucapannya ketika Program Kem Bestari secara
maya,baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Yusup Mohamad berkata program itu dilaksanakan adalah bertujuan mendidik para murid mendalami mengenai ilmu agama khususnya dalam ilmu solat yang betul.

“Tujuannya adalah membimbing murid dalam melaksanakan solat dengan sempurna dan baik, membantu memperbetulkan kesalahan biasa di dalam solat serta kepentingan kesempurnaan solat,” katanya kepada Wilayahku.

Beliau menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa dan warga Sekolah Kebangsaan Membedai, khususnya Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab kerana berjaya program tersebut.

Dalam pada itu, Yusup turut memaklumkan panita Pendidikan Islam dan Bahasa Arab telah memenangi pingat emas dan Judge’s Choice dalam pertandingan inovasi LaRIS Creativity and Innovation Showcase 2021 peringkat kebangsaan baru-baru ini.

“Tahniah diucapkan kepada panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab kerana berjaya memenangi pertandingan itu sekali gus menaikkan nama Labuan di peringkat kebangsaan,” katanya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas