Madu kelulut Trogina S bantu cergaskan tubuh badan (preview)

Madu kelulut Trogina S bantu cergaskan tubuh badan (preview)

Pasti ramai tertanya-tanya apa bezanya madu kelulut dengan madu yang lain? Madu kelulut mempunyai rasa yang lain daripada madu biasa.

Madu kelulut berasa sedikit masam manis sesuai diambil oleh kanak-kanak mahu pun orang dewasa.

Madu kelulut mempunyai kandungan propolis yang agak tinggi dan lebih banyak unsur antioksidan.

Ia juga berkesan bagi membantu proses penurunan tahap kolestrol.

Dalam hal ini, produk madu kelulut Trigona S keluaran Trigona S Venture sesuai untuk menjadi pilihan penggemar madu.

Trigona S sesuai dengan namanya kerana spesies lebah trigona ini mempunyai 29 jenis spesies di hutan hujan tropika yang semestinya memberikan kelebihan khasiat semulajadinya.

Trigona S Venture mempunyai ladang madu lebah kelulut di Selangor Venture Fruits Valley, Bestari Jaya, Selangor dengan spesies-spesies bunga termasuk kelapa pandan, belimbing dan jambu air.

Amalan meminum madu kelulut setiap hari dapat membantu mencergaskan minda dan menghindarkan diri daripada pelbagai kesan toksin, membantu mengekalkan kecantikan dan menyerikan wajah, melambatkan penuaan dan membantu proses pencernaan.

Madu Kelulut Trigona S dipasarkan di dalam beberapa jenis saiz botol berukuran 500 mililiter (ml), 250ml, 200ml, 85ml dan 30ml dari harga RM20 hingga RM200 setiap satu.

CATEGORIES