Berita

LSE siapkan kerja rutin pasang pulih KD Selangor

||
- Diterbit 19 Januari 2021 4:07 AM MYT

SYARIKAT pembinaan kapal, Labuan Shipyard and Engineering Sdn. Bhd (LSE) berjaya menyiapkan rutin pasang pulih (refit) ke atas KD Selangor, kapal peronda milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selepas menandatangani sijil penerimaan dalam satu majlis penyerahan baru-baru ini, di limbungan LSE, Jalan Patau-Patau.

Laksamana Pertama Satria Sarawak Jais menerima sijil penerimaan itu bagi pihak Markas Armada Timur, Panglima Logistik Timur, selepas menandatanganinya bersama Pegawai Memerintah KD Selangor, Komander Mohd Husni Aris dan ketua pegawai operasi LSE, Khamdi Khalip.

Projek tersebut yang bermula pada 10 Julai 2019, telah siap mengikut jadual setelah mengambil kira situasi pandemik COVID-19.
Majlis tersebut lebih bermakna sempena ulang tahun ke-10 KD SELANGOR setelah memulakan perkhidmatan secara rasmi pada 28 Disember 2010.

Turut membanggakan ialah KD Selangor merupakan kapal pertama dalam kelasnya yang berjaya menyiapkan rutin pasang pulih dalam tempoh singkat berbanding tempoh ‘refit’ kapal peronda Ke-17 yang lain sebelum ini.

Ini juga merupakan kerja rutin pasang pulih yang pertama untuk KD Selangor.
Khamdi berkata menerusi pengalaman berharga yang diperolehi melalui projek itu serta keyakinan dan kepercayaan klien, LSE yakin akan lebih bersedia untuk mencapai kejayaan yang sama ke atas KD Kelantan.

Kapal itu, yang juga merupakan salah satu kapal peronda kelas Kedah dan tiba di limbungan LSE untuk menjalani rutin pasang pulih pada 12 November 2020. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas