Berita

Hujan lebat diramal di beberapa kawasan di Sabah, Sarawak, Labuan

- Diterbit 19 Januari 2021 4:22 AM MYT

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga esok.

Menurut kenyataan jabatan itu pada 10.50 pagi tadi, hujan lebat turut dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.

Kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang, sementara di Sabah membabitkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas