Berita

5 RESIPI KREATIF PIKAT SELERA ANAK

|||||
- Diterbit 31 Julai 2021 2:00 AM MYT

PARA ibu tetap akan meluangkan masa untuk memasak sajian kegemaran yang sihat buat suami dan anak-anak tersayang walaupun seharian sibuk bekerja.

Pasti ada anak-anak yang selalu bertanya, mak boleh ke masak sajian berbeza, tapi masih rasa sedap macam sajian di restoran?

Masakan terutamanya sajian sayuran akan jadi lebih lazat, mudah dan cepat dengan adanya Rasa Sifu, penambah rasa semua dalam satu dengan bahan perasa lengkap “all in one”.

Wilayahku edisi kali ini kongsikan lima resipi sayur yang mudah dengan menggunakan Rasa Sifu. Tak perlu pening lagi fikir menu. Semua resipi ini pastinya memikat selera.

OMELETTE LIPAT

BAHAN A

½ biji tomato dipotong dadu

150 g bayam dipotong

1½ inci lobak merah dipotong dadu

½ biji bawang Holland dipotong dadu

2 ulas bawang putih dicincang

1½ sudu kecil Rasa Sifu

BAHAN B

5 biji telur

4 sudu besar susu segar

1½ sudu kecil Rasa Sifu

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan lobak merah, kacau sehingga separuh masak.
  3. Masukkan bayam, kacau sehingga bayam lembut.
  4. Perasakan dengan Rasa Sifu dan ketepikan.
  5. Masukkan bancuhan telur, goreng sehingga sedua-dua belah telur masak.
  6. Letakkan sayuran tumis tadi di atas telur dan bungkus mengikut lipatan kesukaan anda.
  7. Ulang langkah-langkah di atas sehingga bancuhan telur habis.
  8. Sedia untuk dihidang.

SASAYUR CAMPUR RASA SIFU

BAHAN-BAHAN

1 ½ sudu besar minyak masak

2 biji bawang merah dihiris tebal

2 ulas bawang putih dihiris nipis

80 g udang dibersihkan

80 g lobak merah dihiris serong

80 g jagung muda dihiris serong

80 g kubis bunga

180 g brokoli

5 sudu besar air

1 sudu besar Rasa Sifu

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan kacau goreng seketika.
  3. Masukkan lobak merah dan jagung muda. Kacau goreng sehingga separuh masak.
  4. Masukkan kubis bunga, brokoli dan air. Kacau goreng sebentar.
  5. Perasakan dengan Rasa Sifu dan kacau rata.
  6. Sedia untuk dihidang.

TAUHU DAN KACANG PANJANG TUMIS TELUR

BAHAN-BAHAN

2 sudu besar minyak masak

1 keping tauhu putih dipotong

3 biji bawang merah dihiris

2 ulas bawang putih dihiris

1 biji cili merah dihiris

350 g kacang panjang dipotong

1/4 cawan air

2 sudu kecil Rasa Sifu

2 biji telur

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak masak, goreng tauhu sehingga garing. Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah sehingga wangi.
  3. Masukkan kacang panjang dan kacau sebati.
  4. Masukkan air dan kacau seketika.
  5. Perasakan dengan Rasa Sifu.
  6. Masukkan telur dan kacau goreng sehingga telur masak.
  7. Masukkan tauhu goreng dan kacau sebati.
  8. Sedia untuk dihidang.

CENDAWAN TUMIS DAUN SUP

BAHAN-BAHAN

2 sudu besar minyak masak

1 biji bawang merah dihiris

2 ulas bawang putih dihiris

100 g lobak merah dihiris

1/4 cawan air

200 g cendawan tiram

2 tangkai daun sup dipotong

1/2 sudu besar Rasa Sifu

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga keemasan.
  2. Masukkan lobak merah, kacau sehingga separuh masak.
  3. Masukkan air dan kacau sebentar.
  4. Masukkan cendawan tiram dan kacau sehingga lembut.
  5. Perasakan dengan Rasa Sifu. Kacau goreng sehingga sebati.
  6. Masukkan daun sup dan kacau seketika sebelum tutup api.
  7. Sedia untuk dihidang.

BENDI TUMIS CILI

BAHAN A

3 sudu besar minyak masak

15 biji bendi dipotong serong

1/2 cawan air

1 sudu besar Rasa Sifu

BAHAN B

2 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

5 biji cili merah

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan B sehingga naik bau.
  2. Masukkan bendi dan air. Kacau sebati.
  3. Perasakan dengan Rasa Sifu dan kacau sekata.
  4. Sedia untuk dihidang.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas