Berita

Hotel percuma: Warga PPR, PA sambut baik PKRCS khas

WARGA Projek Perumahan Rakyat(PPR) dan Perumahan Awam(PA) menyambut baik inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mewujudkan PKRCS khas secara percuma di empat hotel sekitar Kuala Lumpur yang telah bermula 26 Julai lalu. PKRCS khas melibatkan empat tempat yang menempatkan pesakit covid-19 dalam kategori 1 dan 2 yang menjalani kuarantin kendiri. Gambar: FreeMalaysiatoday
- Diterbit 31 Julai 2021 1:00 AM MYT

UMUM sedia maklum peningkatan kes di Kuala Lumpur dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti projek perumahan rakyat (PPR) mahupun perumahan awam (PA), berpunca daripada jangkitan wabak terhadap kontak rapat.

Mendepani situasi berkenaan, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mewujudkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) khas secara percuma di empat hotel sekitar Kuala Lumpur bermula 26 Julai lalu.

Justeru, pengumuman yang dilakukan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa itu disambut baik semua pihak terutama warga PPR dan PA yang gusar keadaan semasa jangkitan varian Delta.

SALINA, 42.

Bagi penduduk PPR, Salina Yaakub, 42, inisiatif berkenaan sangat membantu mereka menjalani kuarantin kendiri berikutan rumah yang didiami agak sempit serta mempunyai ahli keluarga ramai dan perlu berkongsi kemudahan sehingga mendorong penularan berganda wabak.

MIA ABDULLAH, 24, Polis Bantuan

Perkara itu turut diakui polis bantuan, Mia Abdullah, 24, yang berhadapan kesukaran untuk menjalani kuarantin kendiri kerana tinggal bersama tiga lagi ahli keluarga.

SALMAH ABDUL RAHIM,41, Pembantu Pentadbiran

Berkongsi pengalaman sama, pembantu pentadbiran, Salmah Abdul Rahim, 41, memberitahu, dia terpaksa mengambil satu bilik asing untuk menjalani kuarantin kendiri sehingga tempoh yang ditetapkan.

“Walaupun berada di bilik asing untuk kuarantin, saya masih perlu berkongsi bilik air dan kebolehjangkitan wabak melalui sentuhan tetap ada. Oleh itu, usaha KWP ini sangat baik dan wajar diteruskan bagi melancarkan perjalanan proses kuarantin di lokasi padat serta sempit,” katanya kepada Wilayahku. – WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas