Berita

Lembaga pertubuhan peladang bekalkan bahan segar

RITHUAN (dua dari kiri) menerima sumbangan bekalan makanan segar daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Labuan yang diwakil oleh pengarahnya iaitu Sophian (kanan). RITHUAN (dua dari kiri) menerima sumbangan bekalan makanan segar daripada Lembaga Pertubuhan Peladang Labuan yang diwakil oleh pengarahnya iaitu Sophian (kanan).
- Diterbit 5 Jun 2021 1:00 AM MYT

LEMBAGA Pertubuhan Peladang (LPP) Labuan dengan kerjasama Pertubuhan Peladang (PP) membekalkan ­bahan segar kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) bagi menampung keperluan makanan kepada pesakit COVID-19 di kedua-dua pusat itu.

Pengarah LPP, Sophian Niza Ismail berkata, sumbangan itu dilaksanakan menerusi konsep ‘rezeki’ bagi ­membantu mereka (pesakit) di PKRC.

Katanya, sumbangan bekalan makanan segar itu turut mendapat kerjasama ­daripada peniaga di Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian (PPHP).

“Barangan yang disumbangkan adalah ayam, daging, sayur-sayuran, buah-buahan dan barangan kering,” katanya kepada pemberita ketika ­sesi penyerahan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) bagi diselaraskan kepada PKRC.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Ansharey Matarsad.

Sementara itu, Pengerusi JPBD Labuan Rithuan Mohd Ismail ­berkata, dengan sumbangan yang diterima ­daripada pelbagai pihak khususnya LPP telah membantu JPBD dalam menampung keperluan makanan kepada pesakit- pesakit di PKRC.

“Kita tidak berhenti-henti mendapat sumbangan bekalan makanan daripada seluruh warga Labuan tidak kira daripada persatuan, hotel, syarikat-syarikat swasta dan sebagainya.

“Kita ucapkan terima kasih ­kepada para penyumbang dan tidak lupa ­juga kepada Persatuan Penggiat Media kerana turut membantu kita dapatkan bekalan makanan kepada pesakit COVID-19 di dua PKRC,” katanya. -WILAYAHKU- 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas