Berita

Peningkatan PPV percepat pemulihan ekonomi masyarakat, negara

PENINGKATAN PPV membolehkan lebih ramai masyarakat divaksin sekali gus memulihkan ekonomi negara dan individu. PENINGKATAN PPV membolehkan lebih ramai masyarakat divaksin sekali gus memulihkan ekonomi negara dan individu.
- Diterbit 5 Jun 2021 1:30 AM MYT

PAKAR ekonomi berpandangan, pertambahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi individu dan negara.

AHMED RAZMAN

Kata Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, penambahan itu bukan hanya strategi selari dengan situasi terkini negara, malah membolehkan kelompok imuniti yang mendapat vaksin di Malaysia turut meningkat.

Jelasnya, ia sekali gus mengurangkan tekanan terhadap kemudahan kesihatan.

“Kalau mereka dijangkiti pun, kesannya tidak teruk serta kemungkinan untuk dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) adalah rendah.

“Siapa yang dijangkiti COVID-19 pada masa itu, dia boleh dirawat atau berehat di rumah sahaja. Jadi, sektor kesihatan tidak akan terbeban,” katanya ketika di hubungi Wilayahku pada Rabu.

Menurutnya ­lagi, langkah itu ­juga membolehkan ­lebih banyak sektor ekonomi ­dibuka ­jika sasaran nasional yang ditetapkan berjaya dicapai.

Berkata lanjut, ­ujarnya, ­walaupun jangkitan wabak masih boleh berlaku, namun impaknya kepada penduduk adalah rendah berbanding masa ini.

“Punca kenapa masih sedikit penduduk terima vaksin adalah bekalan atau pengedaran vaksin yang masih terhad. Kemasukan akan tinggi menjelang Julai nanti.

“Oleh itu, bagi mengelakkan ketidakcekapan berlaku, menambah bilangan PPV adalah langkah yang tepat. Selain itu, mereka boleh ­meneliti tindakan pemvaksinan dari rumah ke rumah untuk mereka yang tidak boleh datang ke pusat,” jelasnya yang melihat langkah membenarkan pihak ­swasta turut ­serta ­dalam ­program ­adalah selari. -WILAYAHKU-

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas