Berita

KL City Fc tundukkan ATK Mohun Bagan

KL City FC meraikan jaringan pertama oleh Paulo Jouse pada perlawanan menentang pasukan ATK Mohun Bagan.- KREDIT FOTO: FACEBOOK AFC CUP
- Diterbit 7 September 2022 4:13 PM MYT

KUALA Lumpur City Fc menewaskan wakil dari India, ATK Mohun Bagan dengan jaringan 3-1 pada peringkat semi final AFC Cup antara zon.

Pada 45 minit pertama rentak permainan kedua-dua pasukan agak perlahan apabila berkesudahan tanpa sebarang jaringan.

Bermula separuh masa kedua kedudukan berubah apabila Ketua Pasukan KL City FC, Paulo Jouse berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-60.

Selepas jaringan dihasilkan, KL City FC diasak oleh beberapa percubaan bahaya dari pemain ATK Mohun Bagan.

Di akhir permainan, ATK Mohun Bagan berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain gantian Fardin Ali Molla pada minit ke-90.

KL City FC manfaatkan masa tambahan selama enam minit yang diberikan apabila kembali di depan pada minit ke-93 jaringan kedua terhasil daripada Fakhrul Aiman yang bermula daripada sepakan percuma Paulo Jouse selepas Zhafri Yahya dijatuhkan.

Kegembiraan KL City FC beterusan dengan jaringan ketiga daripada penyerang sensasi Romel Morales pada minit akhir perlawanan menambahkan lagi malam gemilang mereka pada perlawanan ini. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas