Artikel

Kerana OUM, MAZRENY Berjaya Ubah Sikap Pasif Kanak-Kanak

ILMU yang dipelajari ketika di OUM membuatkan Mazreny lebih yakin dan kreatif dalam mendidik kanak-kanak di tadika
- Diterbit 4 Julai 2020 9:53 AM MYT

PENGALAMAN sebagai guru selama tiga tahun dari dua tadika yang berbeza sangat membantu Wan Noor Mazreny Mazrin untuk menjadi guru tadika yang baik dan berdedikasi. 

Namun, itu belum cukup baginya kerana berasakan perlu menimba ilmu pengetahuan yang lebih mendalam tentang pendidikan awal kanak-kanak. 

Selepas membuat perbandingan dengan institusi pengajian yang lain, ternyata Open University Malaysia (OUM) menawarkan yuran pengajian yang lebih murah selain lokasinya yang dekat dan jadual kelas yang fleksibel. 

‘Jatuh cinta’ dengan pakej pengajian yang ditawarkan oleh OUM, beliau mendaftar melalui APEL atau Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu di OUM,Banting bagi pengambilan Mei 2018. 

“Apa yang paling ‘fun’ belajar di OUM adalah ketika menyiapkan tugasan yang diberi. Selain itu,  mencari maklumat dan meneroka pengetahuan baru juga sangat menyeronokkan!

“Waktu malam adalah saat paling sesuai untuk menyiapkan tugasan setelah ahli keluarga semua tidur” ujar Mazreny yang mengajar kanak-kanak berumur lima tahun dan mempunyai banyak pengalaman menarik sepanjang mendidik mereka. 

ILMU yang dipelajari ketika di OUM membuatkan Mazreny lebih yakin dan kreatif dalam mendidik kanak-kanak di tadika

Apa yang menarik, segala yang dipelajari dalam mata pelajaran psikologi diaplikasikan terus di tempat kerja. Antaranya seperti beliau berjaya mengubah sikap seorang kanak-kanak yang pendiam dan selalu menangis kepada seorang yang ceria serta menurut apa yang diarahkan. 

Hasil menimba ilmu di OUM ini secara tidak langsung menarik minat rakan sekerjanya, Subaasini Gunaseelan yang turut menyambung pelajaran di OUM. 

Lebih-lebih lagi, tadika di tempat Mazreny bekerja terdiri daripada kanak-kanak berbilang bangsa dan ini membuatkan proses pengajaran lebih mencabar. 

Dengan program berkualiti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak yang diiktiraf MQA, Mazreny percaya ilmu yang diperolehi dapat membantu mendidik masyarakat dengan lebih berkesan selain daripada tuntutan Kementerian Pendidikan Malaysia yang meletakkan syarat bahawa guru tadika wajib mempunyai sijil kelayakan yang diiktiraf. 

Untuk keterangan lanjut, segera layari www.oum.edu.my atau hubungi +603-7801 2000 (Speed Line) / +6011-1012 5070 (Banting Learning Centre). – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas