Artikel

Jom Guna Pengalaman Kerja Belajar di OUM

KEPADA mereka yang bekerja di luar sana, anda berpeluang menyambung pengajian di OUM.
- Diterbit 6 Julai 2020 12:26 AM MYT

TIADA alasan untuk tidak belajar dengan adanya Open University Malaysia (OUM). 

Tidak cukup syarat minima? Tiada kelulusan yang dikehendaki?  Jangan risau, pengalaman kerja boleh digunapakai untuk belajar di OUM melalui APEL.

APEL (Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu) adalah salah satu kemasukan alternatif untuk calon yang tidak memenuhi syarat minima kemasukan program.

Pengalaman kerja dan pembelajaran terdahulu seperti latihan di tempat kerja, sijil kursus pendek dan sebagainya yang dikumpulkan sejak dulu mampu membantu anda.

PENGALAMAN kerja membantu anda menyambung pengajian di OUM.

APEL  yang diiktiraf oleh MQA membolehkan calon yang tidak memiliki SPM atau sijil yang setara (tetapi mempunyai pengalaman bekerja) memohon program diploma atau sarjana muda berdasarkan syarat kemasukan yang ditetapkan oleh OUM. 

Jika anda mempunyai kriteria seperti yang disenaraikan anda layak untuk menyambung pengajian di OUM. Jangan tunggu lama-lama.

Banyak sebenarnya kelebihan yang diperolehi apabila belajar di OUM. 

Selain berpeluang memantapkan ilmu dan memperhebatkan lagi kerjaya yang diceburi, kaedah pembelajaran fleksibel yang diterapkan juga banyak membantu mereka yang sibuk bekerja. Semuanya boleh diurus sendiri mengikut kesesuaian masa anda. 

Bukan itu sahaja, pembelajaran dalam talian juga sangat membantu kerana anda boleh belajar di mana-mana sahaja. Mudah bukan? 

Jadi, kerjaya dan pembelajaran boleh berjalan seiring tanpa ada rasa bimbang. 

Ternyata apa yang ditawarkan oleh OUM ini adalah pilihan yang tepat dan amat bersesuaian dengan kerjaya anda.

Apa lagi? Jom sambung pengajian di OUM. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.oum.edu.my atau hubungi di talian 03-78012000.

OUM, universiti untuk semua! – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas