Berita

Kerajaan setuju beri duit raya RM500 untuk penjawat awam

- Diterbit 1 April 2024 9:31 AM MYT

KERAJAAN bersetuju untuk memberikan duit raya kepada penjawat awam gred 56 dan kebawah sebanyak RM500 yang akan di bayar Jumaat ini.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

“Hari ini bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan kerajaan bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri sebayak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Sebanyak RM250 BKK Aidilfiti kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan yang tidak berpencen. Saya telah maklumkan kepada Perbendahaaran supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hassan.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas