Berita

Keputusan penambahbaikan struktur gaji penjawat awam dijangka umum pada Belanjawan 2025

- Diterbit 14 Februari 2024 2:23 PM MYT

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) keputusan penambahbaikan sistem struktur gaji penjawat awam dijanga akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2025 pada tahun ini.

Menurutnya dalam satu kenyataan, cadangan penambahbaikan sistem struktur gahi penjawat awam dijangka akan dimuktamad dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) selewatnya pada awal suku kedua tahun ini untuk kelulusan.

“Penjawat awam di segenap lapisan perkhidmatan juga masih boleh mengemukakan cadangan penambahbaikan sistem saraan sedia ada meliputi segala aspek perkhidmatan.

“Ia boleh dilakukan melalui portal semakan saraan yang telah dilancarkan semenjak 7 Ogos tahun lepas di pautan semakansaraan.jpa.gov.my sebelum 1 Mac ini,” katanya hari ini.

Terdahlu, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 2/2024 pada 13 Februari lalu yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Mesyuarat tersebut telah membincang dan menimbang inisiatif-inisiatif penambahbaikan dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) terutama berkaitan dengan aspek meningkatkan pendapatan boleh guna penjawat awam.

“Penambahbaikan pendapatan boleh guna penjawat awam merupakan salah satu fokus dalam pemerkasaan modal insan perkhidmatan awam untuk memangkin peningkatan produktiviti penjawat awam bagi merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI,” ujarnya.

Tambahnya, Perdana Menteri turut memberi penekanan kepada elemen-elemen pembaharuan perkhidmatan awam seperti pendigitalan sisten perkhidmatan, kerjasama strategik yang holisitik serta pendekatan keseluruhan negara (whole-of-Nation) bagi memacu peningkatan, kecekapan keberkesanan dan profesionalisme perkhidmatan awam dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta negara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas