Berita

Kento Momota terlibat kemalangan di MEX, pemandu van maut

KEADAAN van yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) awal pagi tadi. KENDERAAN jenis van yang membawa pemain badminton terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) awal pagi tadi.
- Diterbit 13 Januari 2020 5:19 AM MYT

PUTRAJAYA – Seorang pemandu van maut manakala empat pemain badminton termasuk juara Malaysia Masters, Kento Momota cedera dalam kemalangan di Kilometer 13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) awal pagi tadi.

Memetik laporan Bernama, van dipandu N. Bavan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai merempuh bahagian belakang sebuah lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pemandu van berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian manakala keempat-empat penumpang cedera ringan dan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Selain Momota, mereka yang cedera adalah Hirayama Yu; Morimoto Arkifuki serta pemain badminton England, William Thomas.

Semalam Momota daripada Jepun muncul juara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2020 selepas menewaskan Viktor Axelsen daripada Denmark di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas