Berita

16 gerai sementara untuk peniaga Pasar Sentul

KHALID beramah mesra dengan peniaga-peniaga yang menerima sumbangan ekoran kebakaran gerai mereka di Pasar Sentul pada satu majlis di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini. Gambar NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 14 Januari 2020 12:03 PM MYT

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 gerai sementara bakal dibina bagi membantu peniaga yang mengalami kerugian ekoran insiden kebakaran Pasar Sentul di sini pada 31 Disember lalu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad berkata, pembinaan gerai yang menelan kos kira-kira RM250,000 dijangka siap pertengahan April ini.

“Kita cuba bina gerai tersebut secepat mungkin supaya peniaga dapat mencari pendapatan. Buat masa sekarang peniaga tidak dapat berniaga sepanjang tempoh pembangunan (gerai sementara) itu dilaksanakan.

“Namun jika ada peniaga yang ingin berniaga, mereka boleh memberi cadangan tapak sementara untuk kelulusan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Kebakaran Pasar Sentul di sini hari ini.
Khalid turut menyampaikan sumbangan bencana berjumlah RM1,500 kepada mangsa terlibat.
Hadir sama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan; Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran dan Ketua Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Zaizalnizam Zainun.

KHALID (tengah) menyampaikan sumbangan kepada peniaga yang terlibat dengan kebakaran di Pasar Sentul pada satu majlis di DBKL, Kuala Lumpur hari ini. Hadir sama Nor Hisham (dua dari kiri), Prabakaran (empat dari kiri) dan Zaizalnizam (kiri).
BEGINILAH keadaan gerai di Pasar Sentul yang musnah dijilat api pada 31 Disember lalu.

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas