Berita

‘Kembar TNB’ terangi Deepavali

Filem pendek TNB ‘Kembar Mencabar Deepavali’ berdurasi
- Diterbit 13 November 2020 5:55 AM MYT

PENYEDIA utiliti elektrik, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kembali terangi sambutan Deepavali tahun ini melalui sebuah filem pendek berjudul ‘Kembar Mencabar Deepavali’ yang memaparkan mesej keutuhan kasih sayang mengatasi segala perbezaan dan perubahan zaman.

Filem pendek yang berdurasi seminit itu mengisahkan kehidupan sepasang kembar seiras namun berbeza karakter, iaitu Deepalakshmi dan adiknya Poojalakshmi yang sangat berbeza bagi mewakili dua zaman, tradisi dan moden.

Perbezaan peribadi pasangan kembar ini sering berselisih faham dengan Deepalakshmi sukakan perkara serba teratur dan mengikut tradisi manakala Poojalakshmi pula lebih bersahaja dan gemarkan teknologi moden.

Pertembungan memuncak ketika kedua-duanya sibuk menghias rumah sempena Deepavali, yang akhirnya membawa kesedaran bagi mereka bahawa kedua-duanya boleh memberi
keceriaan Deepavali dengan mengenepi perbezaan untuk saling membantu dan kerjasama.

“Dalam suasana tidak pasti, mencabar seperti sekarang penting kita kembali menghayati perayaan iaitu perkukuhkan ikatan kekeluargaan melalui pelbagai pendekatan antaranya
menerusi persefahaman dan toleransi.

“Ikatan kekeluargaan umpama air yang dicincang tidak akan putus, keperibadian berbeza
namun ia tidak patut pisahkan ahli keluarga, kerana ikatan kekeluargaan teguh, mencetus sinar kebaikan,” kata Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan TNB, Datuk Baderul Sham Saad.

Katanya, elemen kasih sayang walaupun sepesat mana zaman ia tidak akan hilang, begitu juga peranan TNB dalam menerangi Malaysia sebagai Penggerak Kemajuan Negara serta memberikan kesejahteraan kepada rakyat sejak 71 tahun lalu.

‘Kembar Mencabar Deepavali’ dijangka bersiaran mulai 11 November secara dalam talian saluran YouTube TNB boleh diakses di youtube.com/TENAGAofficial selain stesen TV tempatan.

“Untuk siaran di akhbar dan media sosial, iklan ini menawarkan pengalaman Realiti Terimbuh (Augmented Reality) membolehkan pembaca serta penonton menjelajah rumah pasangan kembar ini menerusi pengimejan maya 360 darjah, seterusnya merasai kemeriahan Deepavali dengan lebih mendalam.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas