Berita

Penerima Skim Bantuan Awal IPT YWP ucap syukur

NURAMBIA NAFARIESHA (kiri) gembira terima Bantuan Awal IPT daripada Annuar (tengah). Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Zaizalnizam Zainun (kanan). NURAMBIA NAFARIESHA (kiri) gembira terima Bantuan Awal IPT daripada Annuar
- Diterbit 13 November 2020 6:20 AM MYT

PENERIMA Skim Bantuan Awal Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan yang dihulurkan.

Salah seorang penerima, Nurambia Nafariesha Md Hashim, 20, berkata, dengan bantuan tersebut dia dapat membuat bayaran awal kos pengajian di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri (Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa) dan YWP kerana bagi bantuan RM1,000.

“Duit tersebut boleh digunakan untuk bayar pengajian awal kerana kos yang perlu dibayar agak tinggi, jadi bantuan ini sangat membantu.

“Kos keseluruhan lebih RM2,000 tetapi ada potongan kerana COVID-19,” katanya yang tinggal bersama ibu saudara selepas kematian kedua ibu bapa.

Ujarnya, makcik dan pakciknya merupakan pesara dan perlu menanggung lima orang anak
termasuknya dan adik berusia 18 tahun.

Terdahulu, Nurambia Nafariesha yang menyambung pengajian dalam jurusan Sains Ekonomi di peringkat Ijazah Sarjana Muda menyatakan permohonan bantuan dibuat pada bulan Julai lalu selepas menerima tawaran kemasukan ke universiti.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas